Saturday, October 20, 2012

 
Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza ;)
 
 
 Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan. Perbezaan adalah rahmat kerana ia memberikan satu perspektif yang lebih holistik. 

Saya mahupun sesiapa.. pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang saya lihat jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Apa yang saya pandang benar, berbeza pada pandangan orang lain. Perspektif saya tidak sama dengan orang lain. Hikmahnya, itu rahmat!

Manfaatkan persamaan ! Uruskan perbezaan ;)

Pada saya, 
Adab itu lebih utama berbanding perkara ranting yang harus dipertikaikan. Hanya kasih sayang, tak mampu mencari kebenaran. Fikirlah, jika tidak selamanya akan jadi begini..’Don’t care how much you know until the know how much you care’.
 
Peliharalah apa yang ada kini kerana itu tanda syukur atas kurniaan Ilahi.

Kekadang saya merasai,
 Melihat soal peribadi sudah menggaburi soal pokok dan akarnya. Emosi bersalut dunia hampir menjadi motif utama. 

Kalau saya..
Anda adalah saudara saya. Umpama banyak roh didalam satu jasad. Melukai hati  anda  adalah sama melukai hati saya sendiri. Semestinya saya merasakan sakitnya  kerana saraf iman kita sama. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.

Bukan mudah menilai ego diri, menanam ketahanan hati. Saya amati sedalamnya.

Buanglah sejauhnya tanggapan neatif yng menyesakkan. membungkam nilai kepercayaan. Pensel, penulisan, bacaan, editor malahan apa sahaja pun, jika dipandang dari sudut negatif maka ianya akan menjadi negatif walaupun dibaca dalam nada berbeza. 
 

Jelasnya, saya membawa diri saya selama ini mengikut rentak dan etika atas pengetahuan dan adab-adab agama  Allah yang perlu saya jaga. Adik, mak, ayah, sahabat, kawan, anda atau sesiapa saja. Saya mencari kebaikan, walau ia agak meletihkan. Bukan soal siapa yang saya temui, tetapi siapa saya ketika menemui mereka.

Seringkali, saya rasai saya ini benar-benar  tidak difahami !

Apa sekalipun, saya tahu Allah bersama saya, dulu, kemudian, selama-lamanya ;)
InsyaALLAH =)

No comments:

Post a Comment